Followers

Thursday 24 November 2011

Refleksi Pengajaran


         Tugasan mengajar mikropengajaran sambil berhadapan dengan kamera video merupakan satu tugas yang dan agak mencabar bagi diri walaupun telah berkhidmat sebagai guru terlatih dalam lebih kurang 15 tahun..Pada sesi mikropengajaran ini saya berupaya menilai kembali sejauh mana keberkesanan saya sebagai seorang guru untuk menjalankan tugas mendidik anak murid saya dalam kelas.  Bahang tekanan ketika menjalankan tugasan ini juga terasa apabila saya berasa agak kekok untuk mengajar sambil diperhatikan oleh 2 rakan guru yang akan memberi pandangan mereka selain seorang yang berperanan merakam sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh saya. Walaupun masa yang digunakan agak singkat namun tekanan melaksanakan sesi pengajaran ini  dapat dirasai.
         Persoalan tentang kemampuan saya sebagai guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan timbul dalam minda saya . Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama ini saya berupaya untuk melahirkan murid yang berkualiti. Setelah selesai sesi mikropengajaran, saya mengadakan perbincangan dengan rakan guru yang menyelia sesi mikropengajaran dan menonton sesi pengajaran yang telah dirakam.Melalui perbincangan dan tontonan video tersebut,, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi mikropengajaran tersebut.

a. Kelemahan

Berdasarkan  maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan. Penglibatan murid -murid saya pada hari itu agak pasif.Murid-murid saya hanya menunggu arahan . Tidak kelihatan murid yang berebut-rebut untuk menjawab soalan atau tugasan yang saya berikan. Suara murid yang menjawab soalan atau melaksanakan tugasan agak perlahan.Terdapat juga murid yang teragak-agak untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Mungkin arahan saya kurang difahami oleh mereka Murid seolah-olah kurang kenyakinan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.Saya juga dapati pertuturan murid dalam Bahasa Melayu masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Contoh perkataan gelas disebut sebagai cangkir ( bahasa Bidayuh ). Saya juga kelihatan agak serius dan garang dalam sesi pengajaran tersebut.


b. Kekuatan
Selain kelemahan terdapat juga kekuatan diri saya yang dikenalpasti berdasarkan maklum balas rakan guru dan totonan rakaman video. Pada keseluruhannya objektif mikropengajaran tercapai pada hari tersebut.Murid dapat membina ayat berdasarkan gambar secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru. Arahan yang saya berikan pada pengajaran ini jelas. Saya juga menggunakan kata penghargaan seperti ‘ bagus’ dan ‘terima kasih ’kepada murid yang menjawab soalan atau membuat ayat berdasarkan gambar. Saya juga menggunakan contoh yang jelas seperti melakonkan perbuatan atau aktiviti untuk menerangkan maksud perkataan dalam Bahasa Melayu. Selain itu masa berfikir yang sesuai juga diberikan kepada murid selepas arahan atau tugasan diberi kepada murid.

c. Penambahbaikan


Berdasarkan kelemahan dan kekuatan  yang dikenalpasti,  saya akan membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakkan dan motivasi pada murid saya  agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Budaya ikram juga perlu saya semai untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dua hala yang lebih aktif dan berkesan. Latihan atau galakkan untuk murid bercakap atau menjawab dengan suara yang kuat juga perlu saya wujubkan dalam kelas ini.pertuturan murid yang dicampur aduk dengan bahasa ibunda juga perlu saya tangani. Saya perlu menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sepenuh dalam sesi pengajaran saya.

Dari segi perwatakan wajah yang saya tunjukkan, saya perlu melakukan sedikit perubahan. Mengajar dengan wajah yang agak serius mungkin menyebabkan murid-murid saya agak pasif . Sepatutnya saya perlu lebih bersahaja dan bersikap mesra terhadap murid saya untuk mewujubkan satu suasana pembelajarn yang aktif , kondusif dan berkesan. Kekuatan yang saya dikenalpasti pula akan menjadi pedoman bagi diri saya untuk mengekalkannya.Kata-kata penghargaan kepada jawapan murid perlu dipelbagaikan dan kerap digunakan dalam pengajaran saya.Keupayaan mengawal kelas juga harus dikekalkan atau dibuat penambahbaikan. Penggunaan ilutrasi atau contoh untuk menerangkan juga  perlu dikekalkan untuk memudahkan pemahaman murid. 

No comments:

Post a Comment