Matapelajaran : Tahun 6
Bil Murid : 15 orang
Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi
Bidang Pelajaran : Peribahasa
Fokus utama : 8.1 Aras 1 (i) Menulis pelbagai jenis ayat
Fokus sampingan : 6.1 aras 1 (i) Merujuk kamus untuk mencari makna, sebutan yang
betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :
i ) Membina ayat dengan menggunakan peribahasa yang telah di pelajari
ii) Merujuk kamus peribahasa untuk mencari makna peribahasa yang betul dengan bimbingan
guru
Kosep utama :
Ayat atau kelompok kata yang mempunyai maksud tertentu seperti simpulan bahasa, bidalan pepatah dan sebagainya.
Alat Bantu Mengajar :
i ) Slaid petikan
ii ) Kamus peribahasa
iii) Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah mempelajari peribahasa dan mengetahui maksud peribahasa dalam sesi pemebelajaran yang lepas.
Langkah | Isi kandungan | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | Catatan/ |
Set induksi (5 minit ) | Pengenalan peribahasa | 1. Guru meminta seorang murid membacakan sebaris ayat yang mengandungi simpulan bahasa. 2.Murid-murid lain diminta meneka aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat tersebut. 3. Guru dan murid bersoal-jawab berkenaan aspek tatabahasa yang terdapat pada ayat tadi, 4. Guru mengaitkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat dengan pelajaran. | Kad ayat |
Langkah 2 ( 10 minit ) | Petikan peribahasa | 1. Guru menayangkan slaid power point yang mengandungi petikan. 2. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca petikan tersebut dengan suara yang nyaring. | Slaid powerpoint |
Langkah 3 ( 10 minit ) Langkah 4 ( 10 minit) | Konsep peribahasa Maksud Peribahasa | 1. Guru menerangkan secara ringkas konsep peribahasa serta memberikan beberapa contoh peribahasa. 2. Murid diminta mengenalpasti peribahasa yang terdapat dalam petikan yang dibaca. 3. Murid menyebut dan menyenaraikan peribahasa yang dikenalpasti terdapat dalam petikan yang dibaca 1. Murid diminta menyatakan maksud simpulan bahasa yang telah disenaraikan dan merujuk kamus peribahasa untuk mencari makna yang tepat 2. Beberapa orang murid diminta untuk menyenaraikan maksud peribahasa yang telah disenaraikan | |
Langkah 5 ( 20 minit) | Membina ayat | 1. Murid diminta untuk membina contoh ayat menggunakan peribahasa yang telah dipelajari. Contoh : Aminah yang ringan tulang itu selalu menolong ibunya di dapur. 2. Guru memberi penerangan tentang tugasan murid dan mengedarkan lembaran kerja. 3. Guru membimbing murid yang lemah untuk membuat ayat daripada peribahasa yang telah dipelajari. | Lembaran kerja |
Penutup ( 5 minit ) | Rumusan Pelajaran | 1. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang pelajaran hari tersebut. 2. Murid diminta untuk memberi maksud peribahasa yang telah dipelajari sebagai pengukuhan 2. Murid dibimbing untuk merumuskan pelajaran | |
No comments:
Post a Comment