Followers

Saturday 10 December 2011

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

1\Murid baru itu _____________ hendak menjadi ketua kelas.
  1.     ada angin
  2.    ada bakat
  3.    ada hati
  4.    ada sengat
1.    . Saya tidak mahu ikut bersama-sama May Tan kerana saya tahu dia hanya ____________.
  1.      ambil mudah
  2.     ajak-ajak ayam
  3.     angkat bahu
  4.     alas cakap

2.     . _______________ Encik Farizal akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan.
  1.       Anak dagang
  2.       Anak jantan
  3.      Anak bulan
  4.      Anak buah

3.     .Lyana menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai ____________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik.
  1.       batu loncatan
  2.       batu api
  3.       durian runtuh
  4.      tanda mata  
4.      . Saya ____________ untuk pergi ke rumah Pak Lang pada malam ini.
  1.    berat mata
  2.    berat mulut
  3.    berat hati
  4.   berat tulang

5.    .  Amira bukanlah seorang murid yang sombong tetapi dia hanya _____________.
  1.     berat mulut
  2.     berat mata
  3.     berat hati
  4.     berat tulang

6.     . Nizam ____________ kerana dia akan mengambil balik apa-apa pemberian yang diberikan.
  1.    busuk hati
  2.     ada sengat
  3.     ganti tikar
  4.     buruk siku

7.    .  Budak yang _____________ itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya.
  1.     curi tulang
  2.     cepat tangan
  3.      hisap darah
  4.     kepala batu

8.     .Saya harap kamu berdiam diri dan tidak _______________ kerana hal ini masalah keluarga kami.
  1.      gatal tangan
  2.     hisap darah
  3.      campur tangan
  4.      lepas tangan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6



Matapelajaran              :           Tahun 6
Bil Murid                    :           15 orang
Masa                            :          7.30 pagi – 8.30 pagi
Bidang Pelajaran         :           Peribahasa
Fokus utama                :          8.1 Aras 1 (i) Menulis pelbagai jenis ayat
Fokus sampingan        :           6.1 aras 1 (i) Merujuk kamus untuk mencari makna, sebutan yang
                                                betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat
Hasil Pembelajaran      :           Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :
i ) Membina ayat dengan menggunakan peribahasa yang telah di pelajari
ii) Merujuk kamus peribahasa untuk mencari makna peribahasa yang betul dengan bimbingan            
    guru
Kosep utama :
Ayat atau kelompok kata yang mempunyai maksud tertentu seperti simpulan bahasa, bidalan pepatah dan sebagainya.
Alat Bantu Mengajar :
 i ) Slaid petikan
ii ) Kamus peribahasa
iii) Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah mempelajari peribahasa dan mengetahui maksud peribahasa dalam sesi pemebelajaran yang lepas.
Langkah
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan/
Set induksi
 (5 minit )
Pengenalan peribahasa
1. Guru meminta seorang murid membacakan sebaris ayat yang mengandungi simpulan bahasa.
2.Murid-murid lain diminta meneka aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat tersebut.
3. Guru dan murid bersoal-jawab berkenaan aspek tatabahasa yang terdapat pada ayat tadi,
4. Guru mengaitkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat dengan pelajaran.


Kad ayat
Langkah 2
(  10 minit )
Petikan peribahasa
1. Guru menayangkan slaid power point yang mengandungi petikan.
2. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca petikan tersebut dengan suara yang nyaring.

Slaid powerpoint
Langkah 3
( 10 minit )








Langkah 4
( 10 minit)

Konsep peribahasa








Maksud Peribahasa
1. Guru menerangkan secara ringkas konsep peribahasa serta memberikan beberapa contoh peribahasa.
2. Murid diminta mengenalpasti peribahasa yang terdapat dalam petikan yang dibaca.
3. Murid menyebut dan menyenaraikan peribahasa yang dikenalpasti terdapat dalam petikan yang dibaca
1. Murid diminta menyatakan maksud simpulan bahasa yang telah disenaraikan dan merujuk kamus peribahasa untuk mencari makna yang tepat
2. Beberapa orang murid diminta untuk menyenaraikan maksud peribahasa yang telah disenaraikan

Langkah 5
( 20 minit)
Membina ayat
1. Murid diminta untuk membina contoh ayat menggunakan peribahasa yang telah dipelajari.
Contoh : Aminah yang ringan tulang itu selalu menolong ibunya di dapur.
2. Guru memberi penerangan tentang tugasan murid dan mengedarkan lembaran kerja.
3. Guru membimbing murid yang lemah untuk membuat ayat daripada peribahasa yang telah dipelajari.
Lembaran kerja
Penutup
( 5 minit )
Rumusan Pelajaran
1. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang pelajaran hari tersebut.
2. Murid diminta untuk memberi maksud peribahasa yang telah dipelajari sebagai pengukuhan
2. Murid dibimbing untuk merumuskan pelajaran



Thursday 24 November 2011

Refleksi Pengajaran


         Tugasan mengajar mikropengajaran sambil berhadapan dengan kamera video merupakan satu tugas yang dan agak mencabar bagi diri walaupun telah berkhidmat sebagai guru terlatih dalam lebih kurang 15 tahun..Pada sesi mikropengajaran ini saya berupaya menilai kembali sejauh mana keberkesanan saya sebagai seorang guru untuk menjalankan tugas mendidik anak murid saya dalam kelas.  Bahang tekanan ketika menjalankan tugasan ini juga terasa apabila saya berasa agak kekok untuk mengajar sambil diperhatikan oleh 2 rakan guru yang akan memberi pandangan mereka selain seorang yang berperanan merakam sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh saya. Walaupun masa yang digunakan agak singkat namun tekanan melaksanakan sesi pengajaran ini  dapat dirasai.
         Persoalan tentang kemampuan saya sebagai guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan timbul dalam minda saya . Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama ini saya berupaya untuk melahirkan murid yang berkualiti. Setelah selesai sesi mikropengajaran, saya mengadakan perbincangan dengan rakan guru yang menyelia sesi mikropengajaran dan menonton sesi pengajaran yang telah dirakam.Melalui perbincangan dan tontonan video tersebut,, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi mikropengajaran tersebut.

a. Kelemahan

Berdasarkan  maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan. Penglibatan murid -murid saya pada hari itu agak pasif.Murid-murid saya hanya menunggu arahan . Tidak kelihatan murid yang berebut-rebut untuk menjawab soalan atau tugasan yang saya berikan. Suara murid yang menjawab soalan atau melaksanakan tugasan agak perlahan.Terdapat juga murid yang teragak-agak untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Mungkin arahan saya kurang difahami oleh mereka Murid seolah-olah kurang kenyakinan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.Saya juga dapati pertuturan murid dalam Bahasa Melayu masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Contoh perkataan gelas disebut sebagai cangkir ( bahasa Bidayuh ). Saya juga kelihatan agak serius dan garang dalam sesi pengajaran tersebut.


b. Kekuatan
Selain kelemahan terdapat juga kekuatan diri saya yang dikenalpasti berdasarkan maklum balas rakan guru dan totonan rakaman video. Pada keseluruhannya objektif mikropengajaran tercapai pada hari tersebut.Murid dapat membina ayat berdasarkan gambar secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru. Arahan yang saya berikan pada pengajaran ini jelas. Saya juga menggunakan kata penghargaan seperti ‘ bagus’ dan ‘terima kasih ’kepada murid yang menjawab soalan atau membuat ayat berdasarkan gambar. Saya juga menggunakan contoh yang jelas seperti melakonkan perbuatan atau aktiviti untuk menerangkan maksud perkataan dalam Bahasa Melayu. Selain itu masa berfikir yang sesuai juga diberikan kepada murid selepas arahan atau tugasan diberi kepada murid.

c. Penambahbaikan


Berdasarkan kelemahan dan kekuatan  yang dikenalpasti,  saya akan membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakkan dan motivasi pada murid saya  agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Budaya ikram juga perlu saya semai untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dua hala yang lebih aktif dan berkesan. Latihan atau galakkan untuk murid bercakap atau menjawab dengan suara yang kuat juga perlu saya wujubkan dalam kelas ini.pertuturan murid yang dicampur aduk dengan bahasa ibunda juga perlu saya tangani. Saya perlu menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sepenuh dalam sesi pengajaran saya.

Dari segi perwatakan wajah yang saya tunjukkan, saya perlu melakukan sedikit perubahan. Mengajar dengan wajah yang agak serius mungkin menyebabkan murid-murid saya agak pasif . Sepatutnya saya perlu lebih bersahaja dan bersikap mesra terhadap murid saya untuk mewujubkan satu suasana pembelajarn yang aktif , kondusif dan berkesan. Kekuatan yang saya dikenalpasti pula akan menjadi pedoman bagi diri saya untuk mengekalkannya.Kata-kata penghargaan kepada jawapan murid perlu dipelbagaikan dan kerap digunakan dalam pengajaran saya.Keupayaan mengawal kelas juga harus dikekalkan atau dibuat penambahbaikan. Penggunaan ilutrasi atau contoh untuk menerangkan juga  perlu dikekalkan untuk memudahkan pemahaman murid. 

Rancangan Pengajaran Harian ( BM Tahun 3 )



Matapelajaran              :           Bahasa Melayu
Kelas                           :           Tahun 3
Bil Murid                    :           7 orang
Masa                            :           9. 30 pagi- 10.00 pagi ( 30 minit )
Bidang Pelajaran         :           Membina ayat ( penulisan )
Objektif pelajaran       :           Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :
i ) Membina lima ayat tungal dan yat majmuk  berdasarkan gambar yang diberikan dengan bimbingan guru
ii) Memberi pendapat berdasarkan gambar rangsangan dengan menggunakan ayat yang sesuai.
Fokus Utama               :           8.1       membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 3 ( i )       membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap
Fokus Sampingan        :           4.2       Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh  pihak lain
                                    Aras i ( i )        Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian.
Kemahiran Bahasa      :           Bertutur, dan menulis.
Sistem Bahasa             :           Penjodoh Bilangan, kata sendi nama
Ilmu                             :           Pendidikan Moral
Nilai                            :           kasih sayang menghargai,


Kemahiran Bernilai Tambah   :
Kemahiran berfikir      : menjana idea , menerangkan sebab
Kemahiran Belajar      : mengumpul dan memproses maklumat
Kecerdasan pelbagai   : kontekstual, verbal- linguistik
Alat Bantu Mengajar :
i)          Gambar Rangsangan
ii)         Buku latihan
Pengetahuan sedia ada murid : Murid –murid telah mempelajari ayat tunggal dan ayat majmuk serta pernah mempelajari kemahiran membina ayat berdasarkan gambar dalam pelajaran yang lepas.
Langkah
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan/
Set induksi
 (3 minit )
Bersarapan bersama keluarga
1.Bersoaljawab dengan murid tentang aktiviti mereka sebelum pergi ke sekolah  .
2.Murid menyatakan perkara yang dilakukan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah..
4. Guru bertanyakan jenis makanan dan minuman yang biasa di ambil sebagai sarapan pagi.
3. Guru mengaitkan sesi soal-jawab  dengan tajuk pelajaran.



Gambar rangsangan

Kecerdasan pelbagai :
kontekstual


Langkah 2
( 13 minit )

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar secara lisan











Kata kerja
1. Guru mengedarkan gambar ransangan kepada murid sambil memberi penerangan tentang tugasan yang perlu dibuat oleh murid
2. Beberapa orang murid dipilih untuk menyatakan pemerhatian mereka berdasarkan gambar.
3. Guru memberi rangsangan dan bimbingan kepada murid untuk memberi pendapat berdasarkan gambar
4. Murid  diminta dan dibimbing untuk membina ayat berdasarkan pemerhatian mereka terhadap gambar rangsangan yang diberikan .
5. Guru membetulkan dan memurnikan ayat yang dibina oleh murid
6. Guru menerapkan aspek tatabahasa secara tidak langsung melalui penerangan dan soaljawab

Gambar rangsangan


Kecerdasan pelbagai:
verbal- linguistik
Langkah 3
( 12 minit )












Membina ayat berdasarkan gambar secara bertulis








1. Murid diminta membina lima ayat berdasarkan  sesi soaljawab dan ayat yang dibina secara lisan.
2. Murid membina ayat berpandukan gambar ransangan seperti yang telah dibincangkan
3. Guru serta membimbing murid yang lemah untuk membina ayat

4. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan dan pengawasan guru.

Buku latihan
Penutup
(2 minit )
Rumusan pelajaran
1.Beberapa orang murid diminta untuk membacakan ayat yang telah dibuat atau ditulis.
2. Guru memperbetulkan atau memurnikan ayat yang didapati kurang sesuai.
3. Murid dibimbing untuk merumuskan pelajaran melalui sesi soaljawab secara ringkas