Followers

Wednesday 19 October 2011

Kata Pemeri

Panduan Penggunaan Kata Pemeri

adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada,dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Manakala, kata ialah pula hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasanama, yakni yang menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan,konsep dan sebagainya seperti sukan, orang yang pertama, elemen, Allah, pembinaan, kekurangan beras dan masalah.

Contoh penggunaan kata pemeri adalah
1.         Pemuda yang berbaju merah itu adalah bakal suami kakak saya.
2.         Tujuan utama kutipan derma adalah untuk membina balai raya yang baharu.

Contoh penggunaan kata pemeri ialah
1.         Gunung Tahan ialah gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
2.         Sainuri ialah guru baru yang akan mengajar Tahun 6 Nilam .

Tuesday 18 October 2011

Ikrar Setia Bahasa


 IKRAR SETIA BAHASA
Kami, rakyat Malaysia,
berikrar akan terus setia memperjuangkan bahasa kebangsaan  sebagai :
bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa;
bahasa kesatuan politik, ekonomi, budaya, sosial,
pendidikan, sains dan teknologi serta pembangunan negara,
yang menjamin kelangsungan bangsa Malaysia;
bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual
serta memerdekakan pemikiran bangsa; dan
bahasa yang membawa, memelihara, mencipta,
menyalurkan serta mengembangkan ilmu dan
tamadun di negara dan di dunia,
kami bertekad akan meneruskan perjuangan ini.

Thursday 6 October 2011

Latihan Tatabahasa ( Kata Sendi Nama )

Latihan tatabahasa.

Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

pada           dari             di                dengan        sehingga               untuk                   
oleh             daripada

1.       Kerusi yang dibelii oleh ayah itu diperbuat……………………. rotan.
2.       Amin selalu pergi ke taman permainan di belakang rumahnya…………
          waktu petang.
3.       Budak lelaki itu menangis……………. matanya menjadi merah.
4.       Emak menyiang ikan ……………………………pisau yang tajam.
5.       Buku ini saya beli………………………kakak yang sedang belajar di luar
          negara.
6.       Syawal tinggal…………………. Kampung Seberang Takir.
7.       Bola yang ditendang ……………….. Fazli tepat masuk ke gawang.
8.       Abang ipar saya berasal …………………………… negeri Selangor.

SAJAK HARI GURU

Hari Guru
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insane berjuta
yang bernama ibu dan bapa
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa



Hari ini hari yang menuntut kita bertafakur
apakah  tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga

Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada pujian dilafzkan
ada jasa dikenang
ada slam dihulur
tanda hormat;
pada insan bergelar GURU


Kebun Ilmu
Akulah pak tani
gigih mencangkul di kebun ini
menebas lalang kejahilan
mencabut duri-duri kemalasan

Panas hujan tak ku endah
berbekalkan ilmu dalam minda
dan bersenjatakan kekentalan usaha
mencurah peluh darah
membasahi bumi yang kekeringan ini

Walau taufan mengugat kedamaian
atau gempa menggegar goncang
tak akan berundur walau setapak pun
akan kuharung segala rintangan
agar cita-cita murni terlaksana

Benih-benih yang ditabur bersama titisan air mata
pasti akan mengeluarkan tunas-tunas keinsafan
berputik kesedaran
berbunga harapan
berbuah kejayaan
yang akan dituai dengan sorak sorai

 Kebun molek ini harus dijaga
dipagar dengan nilai-nilai kerohanian
dibajak dengan jentera semangat
dibajai kasih
disirami doa dan restu

Andainya ada serangga perosak diri
atau menjalar akar parasit kelalaian
takan kubiarkan
selagi nyawa dibalut tubuhselagi bergelar insan pendidik

Sunday 2 October 2011

Peribahasa .

1. Ada beras, taruh di dalam peti
Erti : Jika ada sesuatu rahsia, mestilah disimpan dengan baik.
Contoh ayat ; Tiada sesiapa yang mengetahui bagaimana Pak Khalid menjadi kaya kerana rahsia itu disimpannya seperti ada beras, taruh di dalam peti.

2. Air besar sampan tak hanyut
Erti : Hajat seseorang yang tidak kesampaian.
Contoh ayat ; Nasib yang menimpa Johan seumpama air besar sampan tak hanyut apabila cita-citanya untuk membeli kereta gagal kerana wang simpannya dicuri orang.

3.  Alah membeli, menang memakai
Erti ; Tidak apa jika membeli sesuatu barang yang mahal asalkan mutunya kekal dalam tempoh yang lama.
Contoh ayat : Puan Sheila sanggup membelanjakan wang yang banyak membeli pakaian yang bermutu tinggi kerana pembeliannya bagaikan alah membeli,menang memakai.

4. Arang habis besi binasa
Erti : Pekerjaan yang sia-sia
Contoh ayat :Usaha pendudk kampung mengusahakan tanaman koko bagai arang habis besi binasa kerana mengalami kerugian besar.

5. Bagai aur dengan tebing
Erti : Amalan hidup tolong-menolong
Contoh ayat ; Pelajar UPSI sentiasa bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

6. Bagai melepas batuk di tangga
Erti ; Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh
Contoh ayat : Cikgu Salmiah memarahi Barnabas kerana membuat kerja rumahnya bagai melepas batuk di tangga

7.  Bagai si kudung mendapat cincin
Erti ; Memperoleh sesuatu namun tidak memanfaatkannya.
 Contoh ayat :Mamat memenangi hadiah sebuah motosikal tetapi dia bagai si kudung mendapat cincin kerana tidak mepunyai lesen menunggang motosikal.

8. Bapa borek anak rintik
Erti ; Seseorang anak akan mewarisi kelakuanabaik atau buruk orang tuanya.
Contoh ayat : Yusof memang warak macam ayahnya seperti pepatah bapa borek anak rintik.

9. Belakang parang diasah lagikan tajam
Erti ; Orang bodoh tetapi rajin berusaha akhirnya akan pandai juga.
Contoh ayat ; Cikgu Lim selalu menasihati anak muridnya agar tekun berusaha . Mnurut cikgu Lim, belakang parang diasah lagikan tajam.

10.  Menanam tebu di bibir
Erti ; Cuba mempengaruhi seseorang dengan kata-kata yang manis sedangkan tujuannya tidak baik.
Contoh ayat ; Alham tidak disukai oleh sahabat-sahabatnya kerana sikapnya menanam tebu di bibir

11  Besar periuk, besarlah keraknya
Erti ; Orang yang mempunyai pengapatan atau gaji yang besar akan berbekanja besar juga
Contoh ayat : Encik Raju kerap kehabisan wang walaupun bergaji besar kerana besar periuk, besarlah keraknya.

12. Biduk lalu kiambang bertaut
Erti ; Perselisihan faham yang berlaku dalam hubungan persaudaraan baiasanya tidak kekal lama.
Contoh ayat :     Setelah sekian lama bermasam muka, akhirnya Tee Lik berdamain dengan abangnya seperti kata pepatah biduk lalu kiambang bertaut.

13.Cacing menelan naga
Erti : orang yang lemah dapat mengalahkan orang yang lebih kuat  serta berkuasa
Contoh ayat ; Kejayaan peninju Malaysia mengalahkan peninju Afrika seumpama cacing menelan naga.

SIMPULAN BAHASA
1.  Alas perut.
Erti : Makan sedikit untuk sementara waktu
Contoh ayat : Pak Chikoi mkan beberapa keping biskut sebagai alas perut sebelum turun ke laut.
2.  Atas pagar
Erti ; Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh ayat ; Pak Karim mengambil sikap atas pagar dalam pergaduhan antara anaknya dan anak .saudaranya.
3.  Badak sumbu
Erti ; Orang yang berkelakuan tidak senoboh
Contoh ayat ; Kamarul menegur perbuatan Azli yang seperti badak sumbu kerana meludah semasa .
makan.
4.  Bangkai bernyawa
Erti : Orang yang hidupnya tidak berguna
Cotoh ayat : Ah Tee menjadi bangkai bernyawa akibat ketagih dadah   
5.  Bongkok sabut
Erti ; Bongkok yang terjadi kepada orang yang telah tua.
Contoh ayat ; Pak Cik Kordi yang bongkok sabut itu terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
6. Bunga dedap
Erti : Cantik tetapi tidak berbudi bahasa
Fatimah digelar bunga dedap oleh orang kampong kerana tidak berbudi bahasa walapun mempunyai paras rupa yang cantik.
7. Cacing kepanasan
Erti ; Tidak boleh bertenang atau duduk diam.
Contoh ayat : Azmy Alif bagaikan cacing kepanasan apabila diperhatikan oleh seorang  anggota polis.
8.  Cupak hanyut
Erti : i) Hidup miskin dan menderita tanpa keluarga
        Ii ) Melangkah dengan lemah lembut atau berlenggang –lenggok
Contoh ayayt: i) Aldy menjadi cupak hanyut setelah hartanya musnah dalam kebakaran
           ii) Gadis yang berjalan seperti cupak hanyut itu anak Pak Liman .
9.  Deman puyuh
Erti : Pura-pura demam
Contoh ayat : Pak Nanang demam puyuh apabila ketua kampong mengajaknya bergotong-royong membersihkan kawasan kampong.
10. Durian runtuh
Erti : Keuntungan atau rezeki yang diperoleh secara tiba-tiba
Contoh ayat : Para pekerja kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan mengumumkan untuk memberi  bonus sebulan gaji.
11. Embun jantan.
Erti ; Embun yang besar titiknya dan turun larut malam
Contoh ayat: Kok Lim selalu dimarahi ibunya kerana ketika embun jantan turun barulah dia pulang ke rumah.
12  Gila-gila bahasa
Erti : orang yang berfikiran tidak menentu atau separuh gila
Contoh ayat : Usah dilayan orang yang gila-gila bahasa kerana semakin dilayan perangainya semakin menjadi-jadi.
13. Gila urat.
Erti ; Lelaki yang suka kepada wanita.
Contoh ayat ; Walaupun sudah berusi namun perasaannya terhadap wanita mengalahkan orang muda sehingga digelar lelaki gila urat