Followers

Thursday 24 November 2011

Refleksi Pengajaran


         Tugasan mengajar mikropengajaran sambil berhadapan dengan kamera video merupakan satu tugas yang dan agak mencabar bagi diri walaupun telah berkhidmat sebagai guru terlatih dalam lebih kurang 15 tahun..Pada sesi mikropengajaran ini saya berupaya menilai kembali sejauh mana keberkesanan saya sebagai seorang guru untuk menjalankan tugas mendidik anak murid saya dalam kelas.  Bahang tekanan ketika menjalankan tugasan ini juga terasa apabila saya berasa agak kekok untuk mengajar sambil diperhatikan oleh 2 rakan guru yang akan memberi pandangan mereka selain seorang yang berperanan merakam sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh saya. Walaupun masa yang digunakan agak singkat namun tekanan melaksanakan sesi pengajaran ini  dapat dirasai.
         Persoalan tentang kemampuan saya sebagai guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan timbul dalam minda saya . Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama ini saya berupaya untuk melahirkan murid yang berkualiti. Setelah selesai sesi mikropengajaran, saya mengadakan perbincangan dengan rakan guru yang menyelia sesi mikropengajaran dan menonton sesi pengajaran yang telah dirakam.Melalui perbincangan dan tontonan video tersebut,, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi mikropengajaran tersebut.

a. Kelemahan

Berdasarkan  maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan. Penglibatan murid -murid saya pada hari itu agak pasif.Murid-murid saya hanya menunggu arahan . Tidak kelihatan murid yang berebut-rebut untuk menjawab soalan atau tugasan yang saya berikan. Suara murid yang menjawab soalan atau melaksanakan tugasan agak perlahan.Terdapat juga murid yang teragak-agak untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Mungkin arahan saya kurang difahami oleh mereka Murid seolah-olah kurang kenyakinan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.Saya juga dapati pertuturan murid dalam Bahasa Melayu masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Contoh perkataan gelas disebut sebagai cangkir ( bahasa Bidayuh ). Saya juga kelihatan agak serius dan garang dalam sesi pengajaran tersebut.


b. Kekuatan
Selain kelemahan terdapat juga kekuatan diri saya yang dikenalpasti berdasarkan maklum balas rakan guru dan totonan rakaman video. Pada keseluruhannya objektif mikropengajaran tercapai pada hari tersebut.Murid dapat membina ayat berdasarkan gambar secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru. Arahan yang saya berikan pada pengajaran ini jelas. Saya juga menggunakan kata penghargaan seperti ‘ bagus’ dan ‘terima kasih ’kepada murid yang menjawab soalan atau membuat ayat berdasarkan gambar. Saya juga menggunakan contoh yang jelas seperti melakonkan perbuatan atau aktiviti untuk menerangkan maksud perkataan dalam Bahasa Melayu. Selain itu masa berfikir yang sesuai juga diberikan kepada murid selepas arahan atau tugasan diberi kepada murid.

c. Penambahbaikan


Berdasarkan kelemahan dan kekuatan  yang dikenalpasti,  saya akan membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakkan dan motivasi pada murid saya  agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Budaya ikram juga perlu saya semai untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dua hala yang lebih aktif dan berkesan. Latihan atau galakkan untuk murid bercakap atau menjawab dengan suara yang kuat juga perlu saya wujubkan dalam kelas ini.pertuturan murid yang dicampur aduk dengan bahasa ibunda juga perlu saya tangani. Saya perlu menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sepenuh dalam sesi pengajaran saya.

Dari segi perwatakan wajah yang saya tunjukkan, saya perlu melakukan sedikit perubahan. Mengajar dengan wajah yang agak serius mungkin menyebabkan murid-murid saya agak pasif . Sepatutnya saya perlu lebih bersahaja dan bersikap mesra terhadap murid saya untuk mewujubkan satu suasana pembelajarn yang aktif , kondusif dan berkesan. Kekuatan yang saya dikenalpasti pula akan menjadi pedoman bagi diri saya untuk mengekalkannya.Kata-kata penghargaan kepada jawapan murid perlu dipelbagaikan dan kerap digunakan dalam pengajaran saya.Keupayaan mengawal kelas juga harus dikekalkan atau dibuat penambahbaikan. Penggunaan ilutrasi atau contoh untuk menerangkan juga  perlu dikekalkan untuk memudahkan pemahaman murid. 

Rancangan Pengajaran Harian ( BM Tahun 3 )



Matapelajaran              :           Bahasa Melayu
Kelas                           :           Tahun 3
Bil Murid                    :           7 orang
Masa                            :           9. 30 pagi- 10.00 pagi ( 30 minit )
Bidang Pelajaran         :           Membina ayat ( penulisan )
Objektif pelajaran       :           Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :
i ) Membina lima ayat tungal dan yat majmuk  berdasarkan gambar yang diberikan dengan bimbingan guru
ii) Memberi pendapat berdasarkan gambar rangsangan dengan menggunakan ayat yang sesuai.
Fokus Utama               :           8.1       membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 3 ( i )       membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap
Fokus Sampingan        :           4.2       Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh  pihak lain
                                    Aras i ( i )        Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian.
Kemahiran Bahasa      :           Bertutur, dan menulis.
Sistem Bahasa             :           Penjodoh Bilangan, kata sendi nama
Ilmu                             :           Pendidikan Moral
Nilai                            :           kasih sayang menghargai,


Kemahiran Bernilai Tambah   :
Kemahiran berfikir      : menjana idea , menerangkan sebab
Kemahiran Belajar      : mengumpul dan memproses maklumat
Kecerdasan pelbagai   : kontekstual, verbal- linguistik
Alat Bantu Mengajar :
i)          Gambar Rangsangan
ii)         Buku latihan
Pengetahuan sedia ada murid : Murid –murid telah mempelajari ayat tunggal dan ayat majmuk serta pernah mempelajari kemahiran membina ayat berdasarkan gambar dalam pelajaran yang lepas.
Langkah
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan/
Set induksi
 (3 minit )
Bersarapan bersama keluarga
1.Bersoaljawab dengan murid tentang aktiviti mereka sebelum pergi ke sekolah  .
2.Murid menyatakan perkara yang dilakukan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah..
4. Guru bertanyakan jenis makanan dan minuman yang biasa di ambil sebagai sarapan pagi.
3. Guru mengaitkan sesi soal-jawab  dengan tajuk pelajaran.



Gambar rangsangan

Kecerdasan pelbagai :
kontekstual


Langkah 2
( 13 minit )

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar secara lisan











Kata kerja
1. Guru mengedarkan gambar ransangan kepada murid sambil memberi penerangan tentang tugasan yang perlu dibuat oleh murid
2. Beberapa orang murid dipilih untuk menyatakan pemerhatian mereka berdasarkan gambar.
3. Guru memberi rangsangan dan bimbingan kepada murid untuk memberi pendapat berdasarkan gambar
4. Murid  diminta dan dibimbing untuk membina ayat berdasarkan pemerhatian mereka terhadap gambar rangsangan yang diberikan .
5. Guru membetulkan dan memurnikan ayat yang dibina oleh murid
6. Guru menerapkan aspek tatabahasa secara tidak langsung melalui penerangan dan soaljawab

Gambar rangsangan


Kecerdasan pelbagai:
verbal- linguistik
Langkah 3
( 12 minit )












Membina ayat berdasarkan gambar secara bertulis








1. Murid diminta membina lima ayat berdasarkan  sesi soaljawab dan ayat yang dibina secara lisan.
2. Murid membina ayat berpandukan gambar ransangan seperti yang telah dibincangkan
3. Guru serta membimbing murid yang lemah untuk membina ayat

4. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan dan pengawasan guru.

Buku latihan
Penutup
(2 minit )
Rumusan pelajaran
1.Beberapa orang murid diminta untuk membacakan ayat yang telah dibuat atau ditulis.
2. Guru memperbetulkan atau memurnikan ayat yang didapati kurang sesuai.
3. Murid dibimbing untuk merumuskan pelajaran melalui sesi soaljawab secara ringkas



Monday 14 November 2011

https://myguru2.upsi.edu.my/

Refleksi P&P



         Tugasan mengajar makropengajaran dalam tempoh 30 minit merupakan tugas yang amat mencabar bagi diri saya. Tugasan ini semestinya agak berbeza dengan tugas mengajar sebenar yang menjadi lumrah dalam kehidupan saya sebagai seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih daripada satu dekad.Tugasan mengajar makropengajaran ini sebenarnya bukan perkara baru bagi saya sebagai seorang guru terlatih. Semasa bergelar guru pelatih pun saya telah didedahkan kemahiran ini iaitu semasa di maktab perguruan sekitar tahun 90 an. Melalui sesi makropengajaran ini saya dapat menilai kemahiran sebenar saya sebagai seorang guru dalam menjalankan tugas mendidik  dan mengajar anak murid saya dalam kelas.  .
         Persoalan tentang kemampuan dan keberkesanan pengajaran saya timbul dalam benak saya . Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama ini saya mempunyai kenyakinan terhadap kebolehan mengajar dan berupaya untuk melahirkan murid yang berkualiti. Setelah selesai sesi makropengajaran, saya mendapatkan ulasan dan pandangan daripada rakan guru yang menyelia sesi makropengajaran. Saya juga menonton sesi pengajaran yang telah dirakam berkali-kali untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri dalam pengajaran tersebut. .Melalui ulasan, pandangan  dan tontonan video tersebut,, saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi mikropengajaran tersebut.Kelemahan dan kekuatan yang dikenalpasti akan saya gunakan untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam bilik darjah khasnya.

a. Kelemahan

Berdasarkan  maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan.  Sebutan saya untuk menerang tahun 1411 tidak tepat dan telah mempengaruhi sebutan murid-murid saya. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh guru terhadap murid.Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran masih juga kurang memuaskan bagi saya. Murid agak pasif walaupun terdapat murid yang secara sukarela menjawab soalan yang dikemukakan. Pengurusan masa saya pada sesi makropengajaran ini agak lemah. Sesi soal-jawab mengambil masa yang agak lama kerana murid teragak-agak dan kurang kenyakinan diri dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Selain itu masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan pemahaman secara bertulis juga tidak mencukupi kerana sesi soal jawab yang memakan masa.selain itu penerangan aspek tatabahasa juga agak lama walaupun secara tidak terperinci.Sikap cuai saya yang membiarkan murid berdiri agak lama selepas menjawab soalan juga merupakan satu kelemahan. Penggunaan ABM saya iaitu gambar jata Melaka agak kecil dan perlu diperbesarkan untuk menarik perhatian murid.


b. Kekuatan
Selain kelemahan terdapat juga kekuatan diri saya yang dikenal pasti berdasarkan maklum balas rakan guru dan tontonan rakaman video. Pada keseluruhannya objektif makropengajaran tercapai pada hari tersebut walaupun tidak sepenuhnya. Suara, penerangan dan arahan saya jelas. Saya juga menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam pengajaran saya. Penghargaan kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran juga saya lakukan. Penggunaan kata-kata seperti ‘terima kasih’, ‘bagus,’ ‘baik’ dan meminta murid lain bertepuk tangan merupakan penghargaan yang saya berikan untuk murid yang menjawab soalan serta untuk merangsang murid saya.  Penerapan sistem bahasa juga telah saya lakukan dengan bersungguh-sungguh. penerangan dan contoh saya berikan dengan jelas . Saya juga membetulkan kesilapan sebutan atau bacaan murid dengan serta-merta untuk mengelakkan murid lain melakukan kesalahan yang sama. Pengawasan dan bimbingan kepada murid semasa latihan bertulis juga saya lakukan.  Keadaan kelas saya terkawal dan ini merupakan kekuatan yang paling ketara. Tidak kelihatan murid yang cuba menganggu rakan atau menganggu proses pembelajaran.Saya juga telah menunjukkan kenyakinan yang tinggi  dalam pengajaran saya . Tidak ada reaksi gugup atau gelabah yang saya tunjukkan dalam rakaman video yang saya tonton.

c. Penambahbaikan


Berdasarkan kelemahan dan kekuatan  yang dikenal pasti,  saya perlu membuat penambahbaikan dalam amalan  pengajaran saya pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakkan dan motivasi pada murid saya  agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Berkaitan dengan cara menyebut atau menunjukkan sebutan dalam pembacaan , saya harus lebih prihatin dan berhati-hati. Ini adalah kerana segala sebutan saya akan menjadi ikutan murid . Pengajaran saya yang salah ini akan menyebabkan murid yang menanggung akibatnya.
            Pengurusan masa juga perlu saya ambil perhatian dan membuat penambahbaikan. Saya seharusnya tidak perlu memperuntukan masa yang lama untuk penerangan tentang aspek tatabahasa yang bukan fokus dalam pelajaran tersebut.  Memadailah sekiranya saya menerangkan secara ringkas aspek tersebut. Sebagai seorang guru saya seharusnya dapat menanam kenyakinan murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran .  Sikap murid yang teragak-agak dan kurang kenyakinan semasa menjawab soalan perlu diubah. Sifat kenyakinan ini boleh disemai melalui nasihat dan bimbingan. Sikap lebih prihatin sebagai seorang guru juga harus  dimurnikan. Dalam konteks ini saya tidak patut membiarkan murid berdiri lama selepas menjawab soalan .Perkara ini akan saya ambil peratian dalam pengajaran saya seterusnya. Segala kekuatan yang dikenalpasti akan saya kekalkan malah ditambah untuk mewujubkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna , berkesan dan mencapai objektif yang dihasratkan.

Sunday 13 November 2011

RPH Makropengajaran


Matapelajaran              :           Bahasa Melayu
Kelas                           :           Tahun 3
Bil Murid                    :           7 orang
Masa                            :           8.30 pagi- 9.00 pagi ( 30 minit )
Bidang Pelajaran         :           Bacaan dan kefahaman
Objektif pelajaran       :           Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :
i ) Menjawab 3 daripada 5 soalan kefahaman secara bertulis dengan betul berdasarkan bahan bacaan
ii) Membaca teks secara nyaring dengan sebutan dan intonasi yang betul
Fokus Utama               :           1.2       bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara   bertatasusila
Aras 2 (ii) Memberikan respons yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan
Fokus Sampingan        :           5.1       Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
                                    intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca
                                    Aras 3 ( I )       Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
Kemahiran Bahasa      :           Bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa             :           Kata sendi nama
Ilmu                             :           Sejarah
Nilai                            :           Menghargai, bersyukur, patriosme

Kemahiran Bernilai Tambah   :
Kemahiran berfikir      : menjana idea menerangkan sebab
Kemahiran Belajar      : mengumpul dan memproses maklumat
Kecerdasan pelbagai   : kontekstual, verbal- linguistik
Alat Bantu Mengajar :
i)          Gambar lambang Negeri Melaka
ii)         Petikan
iii)        Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah mengenali bahawa Negeri Melaka merupakan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia dan pernah melihat jata Negeri Melaka dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Langkah
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan/
Set induksi
 (3 minit )
Lambang Negeri Melaka
1.Guru meminta seorang murid menunjukkan gambar lambang negeri Melaka.
2. Murid-murid lain diminta untuk meneka/ menyebut nama negeri berdasarkan lambang tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.


Kad gambar
Jata Negeri Melaka
Langkah 2
( 10 minit )
Bacaan Mekanis







Kata sendi nama
1. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca petikan yang telah diedarkan oleh guru.
2. Guru membetulkan kesilapan sebutan murid.
3. Murid dibimbing untuk memahami isi petikan melalui penerangan guru.
4. Guru menerapkan aspek tatabahasa secara tidak langsung melalui penerangan dan soaljawab

Petikan
Langkah 3
( 14 minit )



Menjawab soalan pemahaman








1. Guru mengemukakan soalan pemahaman kepada murid dan murid diminta menjawab secara lisan.
2. Guru membimbing murid yang lemah untuk menjawab soalan.
3.Guru mengedarkan lembaran kerja berbentuk soalan kefahaman dan tatabahasa .
4. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan dan pengawasan guru.

Lembaran kerja
Penutup
(3 minit )
Rumusan pelajaran
1.Guru menyoal murid tentang perkara yang telah dipelajari.
2. Guru memberi dorongan kepada murid untuk memperbaiki aspek pembacaan.





Asal-Usul Negeri Melaka

          Negeri Melaka yang kini mendapat jolokan Bandaraya Bersejarah mula dibuka pada tahun 1411. Menurut sejarah, Melaka dibuka oleh Parameswara, iaitu seorang putera dari Palembang.
          Baginda yang melarikan diri dari peperangan saudara di Palembang telah belayar ke Tanah Melayu. Tiba di Ulu Bertam, baginda dan rombongannya berhenti beristirahat di muara sungai.
          Tiba-tiba baginda menyaksikan satu kejadian yang amat ganjil. Anjing buruan baginda telah berkelahi dengan seekor pelanduk putih. Pelanduk putih telah menendang anjing buruan itu sehingga tercampak ke dalam sungai.
          Baginda amat tertarik dan berminat untuk membuka sebuah negeri di situ.Parameswara menamakan negeri Melaka bersempena nama pokok tempat baginda bersandar di bawahnya. Sejak itu negeri Melaka menjadi sebuah negeri yang masyhur dan makmur.







Lembaran kerja .
Jawab soalan pemahaman di bawah berdasarkan petikan.
1. Apakah gelaran atau jolokkan bagi Negeri Melaka ?
………………………………………………………………………………………..

2. Siapa yang membuka negeri Melaka ?
………………………………………………………………………………………

3. Apakah peristiwa ganjil yang berlaku semasa baginda sedang berehat ?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

4. Mengapakah Parameswara melarikan diri dari Palembang ?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Dari manakah  negeri Melaka mendapat nama ?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Latihan tatabahasa.

Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

pada           dari             di                dengan        sehingga               untuk                   
oleh             daripada

1.       Kerusi yang dibelii oleh ayah itu diperbuat……………………. rotan.
2.       Amin selalu pergi ke taman permainan di belakang rumahnya…………
          waktu petang.
3.       Budak lelaki itu menangis……………. matanya menjadi merah.
4.       Emak menyiang ikan ……………………………pisau yang tajam.
5.       Buku ini saya beli………………………kakak yang sedang belajar di luar
          negara.
6.       Syawal tinggal…………………. Kampung Seberang Takir.
7.       Bola yang ditendang ……………….. Fazli tepat masuk ke gawang.
8.       Abang ipar saya berasal …………………………… negeri Selangor.