Followers

Monday 14 November 2011

Refleksi P&P



         Tugasan mengajar makropengajaran dalam tempoh 30 minit merupakan tugas yang amat mencabar bagi diri saya. Tugasan ini semestinya agak berbeza dengan tugas mengajar sebenar yang menjadi lumrah dalam kehidupan saya sebagai seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih daripada satu dekad.Tugasan mengajar makropengajaran ini sebenarnya bukan perkara baru bagi saya sebagai seorang guru terlatih. Semasa bergelar guru pelatih pun saya telah didedahkan kemahiran ini iaitu semasa di maktab perguruan sekitar tahun 90 an. Melalui sesi makropengajaran ini saya dapat menilai kemahiran sebenar saya sebagai seorang guru dalam menjalankan tugas mendidik  dan mengajar anak murid saya dalam kelas.  .
         Persoalan tentang kemampuan dan keberkesanan pengajaran saya timbul dalam benak saya . Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama ini saya mempunyai kenyakinan terhadap kebolehan mengajar dan berupaya untuk melahirkan murid yang berkualiti. Setelah selesai sesi makropengajaran, saya mendapatkan ulasan dan pandangan daripada rakan guru yang menyelia sesi makropengajaran. Saya juga menonton sesi pengajaran yang telah dirakam berkali-kali untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri dalam pengajaran tersebut. .Melalui ulasan, pandangan  dan tontonan video tersebut,, saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi mikropengajaran tersebut.Kelemahan dan kekuatan yang dikenalpasti akan saya gunakan untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam bilik darjah khasnya.

a. Kelemahan

Berdasarkan  maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan.  Sebutan saya untuk menerang tahun 1411 tidak tepat dan telah mempengaruhi sebutan murid-murid saya. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh guru terhadap murid.Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran masih juga kurang memuaskan bagi saya. Murid agak pasif walaupun terdapat murid yang secara sukarela menjawab soalan yang dikemukakan. Pengurusan masa saya pada sesi makropengajaran ini agak lemah. Sesi soal-jawab mengambil masa yang agak lama kerana murid teragak-agak dan kurang kenyakinan diri dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Selain itu masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan pemahaman secara bertulis juga tidak mencukupi kerana sesi soal jawab yang memakan masa.selain itu penerangan aspek tatabahasa juga agak lama walaupun secara tidak terperinci.Sikap cuai saya yang membiarkan murid berdiri agak lama selepas menjawab soalan juga merupakan satu kelemahan. Penggunaan ABM saya iaitu gambar jata Melaka agak kecil dan perlu diperbesarkan untuk menarik perhatian murid.


b. Kekuatan
Selain kelemahan terdapat juga kekuatan diri saya yang dikenal pasti berdasarkan maklum balas rakan guru dan tontonan rakaman video. Pada keseluruhannya objektif makropengajaran tercapai pada hari tersebut walaupun tidak sepenuhnya. Suara, penerangan dan arahan saya jelas. Saya juga menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam pengajaran saya. Penghargaan kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran juga saya lakukan. Penggunaan kata-kata seperti ‘terima kasih’, ‘bagus,’ ‘baik’ dan meminta murid lain bertepuk tangan merupakan penghargaan yang saya berikan untuk murid yang menjawab soalan serta untuk merangsang murid saya.  Penerapan sistem bahasa juga telah saya lakukan dengan bersungguh-sungguh. penerangan dan contoh saya berikan dengan jelas . Saya juga membetulkan kesilapan sebutan atau bacaan murid dengan serta-merta untuk mengelakkan murid lain melakukan kesalahan yang sama. Pengawasan dan bimbingan kepada murid semasa latihan bertulis juga saya lakukan.  Keadaan kelas saya terkawal dan ini merupakan kekuatan yang paling ketara. Tidak kelihatan murid yang cuba menganggu rakan atau menganggu proses pembelajaran.Saya juga telah menunjukkan kenyakinan yang tinggi  dalam pengajaran saya . Tidak ada reaksi gugup atau gelabah yang saya tunjukkan dalam rakaman video yang saya tonton.

c. Penambahbaikan


Berdasarkan kelemahan dan kekuatan  yang dikenal pasti,  saya perlu membuat penambahbaikan dalam amalan  pengajaran saya pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakkan dan motivasi pada murid saya  agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Berkaitan dengan cara menyebut atau menunjukkan sebutan dalam pembacaan , saya harus lebih prihatin dan berhati-hati. Ini adalah kerana segala sebutan saya akan menjadi ikutan murid . Pengajaran saya yang salah ini akan menyebabkan murid yang menanggung akibatnya.
            Pengurusan masa juga perlu saya ambil perhatian dan membuat penambahbaikan. Saya seharusnya tidak perlu memperuntukan masa yang lama untuk penerangan tentang aspek tatabahasa yang bukan fokus dalam pelajaran tersebut.  Memadailah sekiranya saya menerangkan secara ringkas aspek tersebut. Sebagai seorang guru saya seharusnya dapat menanam kenyakinan murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran .  Sikap murid yang teragak-agak dan kurang kenyakinan semasa menjawab soalan perlu diubah. Sifat kenyakinan ini boleh disemai melalui nasihat dan bimbingan. Sikap lebih prihatin sebagai seorang guru juga harus  dimurnikan. Dalam konteks ini saya tidak patut membiarkan murid berdiri lama selepas menjawab soalan .Perkara ini akan saya ambil peratian dalam pengajaran saya seterusnya. Segala kekuatan yang dikenalpasti akan saya kekalkan malah ditambah untuk mewujubkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna , berkesan dan mencapai objektif yang dihasratkan.

No comments:

Post a Comment