Latihan Tatabahasa
Kata Kerja
Nama :…………………………………………………
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah.
1. Lawatan seorang wakil rakyat ke Kampung Tebakang telah……………………………. ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
A. dibatalkan B. dimansuhkan C. ditunda D. disemak
2. Kakak sedang …………………………….. barang-barang tembaga yang dibeli oleh ayah dari negara China.
A. menyapu B. menggosok C. menjilat D. mengilap
3. Jalur Gemilang …………………megah sewaktu lagu Negaraku ……………………………………..
A. berterbang…..disembahkan B. berhembus….. disiarkan
C. berkibar…….dinyanyikan D. berjurai…… dilafazkan
4. Wanita tua itu ……………………….. bakul sayur sewaktu pulang dari pasar.
A. menatang B. mengandar C. mengepit D. menjunjung
5. Ibu menyuruh kakak …………………………….. nasi untuk makan malam.
A. menanak B. menjerang C. merebus D. mereneh
6. Pekerja-pekerja itu sedang melakukan kerja-kerja………………………. lantai dengan simen.
A. merata B. menurap C. menampal D. menampung
7. Lee Ping agak gementar kerana akan…………………………….. pembedahan kaki pada hari esok.
A. memasuki B. merasai C. mengikuti D. menjalani
8. Artis terkenal itu sedang………………………………di bilik persalinan sebelum persembahan bermula.
A. berbedak B. berdodoi C. berdandan D. berkubang
No comments:
Post a Comment