Followers

Thursday 6 October 2011

SAJAK HARI GURU

Hari Guru
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insane berjuta
yang bernama ibu dan bapa
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa



Hari ini hari yang menuntut kita bertafakur
apakah  tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga

Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada pujian dilafzkan
ada jasa dikenang
ada slam dihulur
tanda hormat;
pada insan bergelar GURU

3 comments:

  1. As salam,
    Mohon kebenaran untuk mencetak dan menggunakan sajak ini untuk tujuan pembelajaran tuisyen pelajar saya ya. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi sajak menarik ini.

    ReplyDelete