Followers

Sunday 2 October 2011

Peribahasa .

1. Ada beras, taruh di dalam peti
Erti : Jika ada sesuatu rahsia, mestilah disimpan dengan baik.
Contoh ayat ; Tiada sesiapa yang mengetahui bagaimana Pak Khalid menjadi kaya kerana rahsia itu disimpannya seperti ada beras, taruh di dalam peti.

2. Air besar sampan tak hanyut
Erti : Hajat seseorang yang tidak kesampaian.
Contoh ayat ; Nasib yang menimpa Johan seumpama air besar sampan tak hanyut apabila cita-citanya untuk membeli kereta gagal kerana wang simpannya dicuri orang.

3.  Alah membeli, menang memakai
Erti ; Tidak apa jika membeli sesuatu barang yang mahal asalkan mutunya kekal dalam tempoh yang lama.
Contoh ayat : Puan Sheila sanggup membelanjakan wang yang banyak membeli pakaian yang bermutu tinggi kerana pembeliannya bagaikan alah membeli,menang memakai.

4. Arang habis besi binasa
Erti : Pekerjaan yang sia-sia
Contoh ayat :Usaha pendudk kampung mengusahakan tanaman koko bagai arang habis besi binasa kerana mengalami kerugian besar.

5. Bagai aur dengan tebing
Erti : Amalan hidup tolong-menolong
Contoh ayat ; Pelajar UPSI sentiasa bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

6. Bagai melepas batuk di tangga
Erti ; Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh
Contoh ayat : Cikgu Salmiah memarahi Barnabas kerana membuat kerja rumahnya bagai melepas batuk di tangga

7.  Bagai si kudung mendapat cincin
Erti ; Memperoleh sesuatu namun tidak memanfaatkannya.
 Contoh ayat :Mamat memenangi hadiah sebuah motosikal tetapi dia bagai si kudung mendapat cincin kerana tidak mepunyai lesen menunggang motosikal.

8. Bapa borek anak rintik
Erti ; Seseorang anak akan mewarisi kelakuanabaik atau buruk orang tuanya.
Contoh ayat : Yusof memang warak macam ayahnya seperti pepatah bapa borek anak rintik.

9. Belakang parang diasah lagikan tajam
Erti ; Orang bodoh tetapi rajin berusaha akhirnya akan pandai juga.
Contoh ayat ; Cikgu Lim selalu menasihati anak muridnya agar tekun berusaha . Mnurut cikgu Lim, belakang parang diasah lagikan tajam.

10.  Menanam tebu di bibir
Erti ; Cuba mempengaruhi seseorang dengan kata-kata yang manis sedangkan tujuannya tidak baik.
Contoh ayat ; Alham tidak disukai oleh sahabat-sahabatnya kerana sikapnya menanam tebu di bibir

11  Besar periuk, besarlah keraknya
Erti ; Orang yang mempunyai pengapatan atau gaji yang besar akan berbekanja besar juga
Contoh ayat : Encik Raju kerap kehabisan wang walaupun bergaji besar kerana besar periuk, besarlah keraknya.

12. Biduk lalu kiambang bertaut
Erti ; Perselisihan faham yang berlaku dalam hubungan persaudaraan baiasanya tidak kekal lama.
Contoh ayat :     Setelah sekian lama bermasam muka, akhirnya Tee Lik berdamain dengan abangnya seperti kata pepatah biduk lalu kiambang bertaut.

13.Cacing menelan naga
Erti : orang yang lemah dapat mengalahkan orang yang lebih kuat  serta berkuasa
Contoh ayat ; Kejayaan peninju Malaysia mengalahkan peninju Afrika seumpama cacing menelan naga.

No comments:

Post a Comment